EventGaya HidupHiburan

Maya Karin Antara Selebriti Meriahkan Larian Futbal Fanatix Run

Bersempena kehangatan Piala Dunia Rusia 2018 yang bakal memulakan sepak mulanya pada 14 Jun ini, Titan Empire Event Management mengambil langkah inisiatif dengan menganjurkan satu larian maraton, Futbal Fanatix Run yang akan diadakan pada 7 Julai ini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Menurut pengarah eksekutifnya, Mohd Hamizan Mohd Safaia, program itu diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat kesukanan di kalangan rakyat Malaysia.

“Kami ambil inisiatif untuk adakan larian ini bersempena Piala Dunia tahun ini. Ia satu aktiviti sihat yang dapat menghimpunkan penduduk di Shah Alam khasnya dan penduduk di Malaysia umumnya.

“Untuk larian itu sebanyak tiga kategori diadakan iaitu 10, lima dan tiga kilometer pada kadar bayaran sebanyak RM77,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Yang menariknya, beberapa barisan artis popular turut akan memeriahkan larian tersebut antaranya, Maya Karin, Vanidah Imran dan Joe Flizzow.

Selain larian maraton, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan untuk pengunjung seperti pertunjukan belon panas, jualan trak makanan dan siaran skrin besar untuk tayangan suku akhir Piala Dunia.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Futbal Fanatix Run @ Shah Alam, anda boleh layari www.futbalfanatix.com. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button