AntarabangsaHollywood

Meghan Markle Akui Telah Keguguran Anak Kedua Pada Julai Lalu

Pelakon Meghan Markle membuat pendedahan bahawa dia telah mengalami keguguran ketika mengandungkan cahaya mata kedua.

Mendedahkan secara terbuka kepada akhbar New York Times, isteri kepada Putera Harry itu menyatakan dia telah gugur pada bulan Julai lalu.

“Pada satu pagi di bulan Julai saya memulai hari seperti biasa. Membuat sarapan, memberikan makanan kepada anjing-anjing dan mengambil vitamin.

“Selepas itu saya menukarkan pampers Archie dan kemudian saya berasa sesuatu yang amat sakit sehingga terjatuh ke lantai sambil memeluk anak saya,” jelasnya.

Tidak mahu berasa terlalu panik, Meghan tetap cuba menidurkan anaknya itu dan menyanyi dengan ceria meskipun berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.

“Saya tahu ketika memeluk Archie, saya telah hehilangan anak kedua,” jelasnya.

Ujarnya, beberapa jam setelah kejadian itu, dia telah terbaring di katil hospital dan memegang tangan suaminya.

Malah, dia merasakan tangannya ketika itu juga telah basah dengan air mata dia dan suaminya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button