Cerita ArtisHiburan

Menang Hero Remaja, Batu Loncatan Nadhir Takluk Bidang Lakonan

Juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar, 24, merasakan sekarang masa yang sesuai untuk dia menceburkan diri dalam bidang hiburan, terutama sekali lakonan.

Kata Nadhir, dia sudah lama berhasrat untuk menyertai program Hero Remaja sebagai platform menonjolkan diri dan dia merasakan kemenangannya ini sebagai titik tolak untuk bangkit mengejar impiannya.

“Alhamdulillah, saya bersyukur atas kemenangan ini. Sejujurnya saya tak kejar wang kemenangan, yang penting saya dapat jadikan ini sebagai satu platform untuk memulakan kerjaya sebagai pelakon.

“Sebenarnya, empat tahun lalu saya sudah berhasrat untuk menyertai Hero Remaja, namun saya rasa tak cukup pengalaman ketika itu,” katanya.

Nadhir berkata demikian ketika ditemui di sidang media Finale Hero Remaja 2020, bertempat di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, Nadhir selaku juara telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, trofi dan selempang.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi & Pengajian Media (Penyiaran) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, dia tidak mahu membuang masa dan ingin terus mengejar cita-cita untuk menjadi seorang pelakon dan pengarah yang berkaliber.

“Selepas kemenangan ini saya tak mahu rehat dan membuang masa, sebaliknya ingin terus bekerja. Jika saya berehat, saya mungkin akan tertinggal peluang kerana ramai bakat baru yang sentiasa memasuki industri.

“Saya beri masa selama empat tahun untuk mendalami ilmu lakonan, kemudian jika berpeluang saya akan cuba untuk kejar cita-cita bergelar pengarah pula,” katanya lagi.

Dalam pada itu, mengenai individu yang dikaguminya dalam bident lakonan, Nadhir amat mengagumi bakat lakonan dan pengarahan Namron.

“Saya kagum dengan bakat dan kesungguhan Namron sebab dia ada identiti tersendiri. Dia buat karya dengan penuh minat, bukan sebab nak kejar duit.

“Kita sebagai penonton harus sentiasa menyokong industri seni tempatan agar naskhah-naskhah ini dapat pergi lebih jauh,” ujarnya lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button