Gaya HidupMakan Time

Menu Istimewa Nasi Dulang Minang Sempena Ramadan Di SukaSucre Bistro

Saban tahun pada setiap kali bulan Ramadan, SukaSucre Bistro yang dimiliki cef selebriti dan penyanyi popular tanah air, Datuk Fazley Yaakob pasti tidak pernah ketinggalan berkongsi aneka menu signatur sebagai santapan buat pelanggan ketika berbuka puasa.

Ibarat menikmati hidangan seperti berada di rumah sendiri, pengunjung bakal merasai perjalanan kulinari restoran tersebut yang menghidangkan menu utama iaitu Nasi Dulang Minang, iaitu hidangan di atas sebuah dulang perak berserta lapan jenis lauk menggamit rasa ilham masakan tradisional dari Rembau, Negeri Sembilan.

Antara menu lain yang bakal dihidang adalah Nasi Pandan Berempah, Kepak Ayam Sambal Hijau, Rendang Ayam, Daging Salai Lemak Cili Api Belimbing Buluh, Itik Masak Lemak Cili Api Mangga Muda, Sambal Goreng Jawa dan Daging Dendeng Minang.

Tidak ketinggalan juga Paru Goreng Sambal, Mee Goreng Mamak dan Seafood Salai Lemak Cili Api (Ketam/Sotong/Udang) berserta lima jenis sambal/kuah Lemak Cili Api.

Selain itu, pemanis mulut yang tersedia menanti pengunjung antaranya Puteri Mandi, Bubur Pulut Hitam Santan Custard, Pisang Goreng Cheese & Butterscotch Sauce, Cream Puff, Jagung Bakar, Kek Pisang, Agar-Agar, Puding, Kuih Koci, Burnt Cheesecake berperisa tempatan Bandung dan Pandan Gula Melaka.

Malah, apa yang paling mengujakan adalah ais krim potong dari F&N King’s Ice Cream turut disediakan sepanjang Ramadan kepada pelanggan.

Caj bufet Ramadan SukaSucre Bistro yang dikenakan adalah sebanyak RM75.00 untuk golongan dewasa dan RM35.00 (kanak-kanak di bawah 12 tahun). Bagi yang membuat tempahan sebelum 27 April pula bakal menerima diskaun khas tertakluk terma/syarat ditetapkan.

Sementara itu, organisasi korporat atau pihak berkumpulan yang ingin mengadakan majlis buka puasa dalam suasana privasi juga boleh menggunakan Event Hall @ SukaSucre Bistro dengan dilengkapi pelbagai kemudahan untuk majlis berskala besar.

Lebih menarik, kemudahan surau disediakan buat pengunjung termasuk ruang parkir kereta yang luas secara percuma. Sebarang pertanyaan, tempahan atau informasi lanjut mengenai SukaSucre Bistro, boleh menghubungi talian 03-92017750. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button