AdvetorialKongsi

Meritus University Persiapkan Graduan Terajui Sektor Perdagangan Maritim, Penerbangan, Logistik & Ekosistem Keterhubungan Global

Meritus University hari ini meraikan Majlis Konvokesyen bersejarah di kampus Kuala Lumpur yang unik sebuah persekitaran pembelajaran bersepadu yang menyatukan dunia udara dan lautan bagi melahirkan para profesional masa depan yang bersedia menghadapi cabaran industri melalui Meritus University, Meritus College dan HM Aerospace.

Buat julung kalinya diadakan di kampus Chan Sow Lin yang terletak dalam salah satu koridor transit dan perindustrian utama ibu kota, majlis ini menyerlahkan persekitaran pembelajaran bertaraf tinggi Meritus University.

Kampus ini menjadi bukti komitmen universiti terhadap kecemerlangan, inovasi dan pendidikan yang sejajar dengan industri, di mana pengajian maritim dan latihan penerbangan wujud dalam satu ekosistem sinergi.

Persekitaran integrasi ini mencerminkan peranan strategik Malaysia sebagai penghubung penting antara laluan laut dan udara antarabangsa, sekali gus mempersiapkan graduan untuk menerajui sektor perdagangan maritim, penerbangan, logistik dan ekosistem keterhubungan global yang semakin berkembang.

Dipandu visi Pengasasnya, Tan Sri (Dr.) Halim Mohammad, dan di bawah kepimpinan Canselornya, Tan Sri Rafidah Aziz, Meritus University terus melahirkan graduan yang menonjol melalui kecemerlangan, kepimpinan dan jati diri nasional yang kukuh.

“Aspirasi Malaysia untuk berdiri sebagai sebuah negara maritim sejati bergantung kepada rakyatnya dengan individu yang memiliki kemahiran, disiplin dan visi untuk memimpin di darat, laut dan udara.

“Meritus University komited membentuk bakat sebegini: graduan yang memperkukuh pelabuhan dan perkapalan, meningkatkan standard penerbangan, serta membina ekosistem logistik bersepadu yang diperlukan untuk daya saing global Malaysia.

“Misi kami bukan sekadar menyediakan pelajar untuk mencari rezeki; kami melatih mereka untuk membina kehidupan kehidupan yang berkhidmat kepada negara dengan tujuan, integriti dan impak yang berkekalan,”
kata Tan Sri (Dr.) Halim Mohammad, Pengerusi Lembaga Pengelola

Pencapaian Graduan 2025

Majlis konvokesyen tahun ini mengiktiraf kumpulan graduan yang cemerlang, termasuk:

  • 19 graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Perniagaan Maritim
  • 3 graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kewangan (Strategi Pelaburan)
  • 1 graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)
  • 37 graduan Diploma Penerbangan (Latihan Juruterbang)
  • 96 Kadet Juruterbang HM Aerospace menerima Lesen Juruterbang Komersial (CPL) dengan Instrument Rating dan Frozen ATPL
  • 1 graduan Diploma Pengurusan Hotel daripada Meritus College

Sektor maritim dan penerbangan Malaysia kekal sebagai tonggak perkembangan negara, menyokong lebih 360,000 pekerjaan meliputi operasi pelabuhan, perkapalan, logistik, syarikat penerbangan dan perkhidmatan lapangan terbang. Dengan 90% perdagangan negara melalui laut dan lebih 100,000 kapal melintasi perairan Malaysia setiap tahun, ekonomi maritim menjadi komponen kritikal kepada daya saing global Malaysia.

Melalui Meritus University, Meritus College dan HM Aerospace, Meritus terus memenuhi permintaan negara terhadap tenaga mahir professional dengan melahirkan graduan yang bersedia untuk industri dalam bidang perniagaan maritim, logistik, kewangan, hospitaliti dan penerbangan.

Dalam bidang penerbangan, HM Aerospace mengekalkan rekod cemerlang dengan menghasilkan lebih daripada 2,500 pemegang Lesen Juruterbang Komersial, termasuk 92 juruterbang wanita, yang kini berkhidmat di syarikat penerbangan utama seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Malindo Air, Singapore Airlines, Lion Air, China Airlines, Emirates dan Etihad.

Majlis konvokesyen hari ini menandakan kemunculan generasi baharu pemimpin Malaysia — bersedia untuk mengharungi lautan antarabangsa, meneroka laluan udara global dan cemerlang dalam pelbagai industri darat. Meritus University kekal teguh dengan komitmen terhadap pembangunan negara melalui pendidikan, inovasi dan kerjasama industri yang strategik. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button