• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Mesej Leeteuk Kepada Ramai Model Wanita Akhirnya Didedahkan

Baru-baru ini, ketua kumpulan Super Junior, Leeteuk menggemparkan dunia hiburan setelah terdedahnya direct massage (DM) menerusi Instagram miliknya kepada ramai wanita.

Menariknya, sejumlah wanita yang mendapat mesej tersebut adalah model fitness dan model kereta mewah sehinggalah ia didedahkan kepada umum.

Dalam isi kandungan DM tersebut, Leeteuk mengajak setiap wanita berkenaan untuk menaiki kereta mewah terbaru keluaran jenama Porsche.

Ternyata tindakan yang dilakukannya itu mendapat pelbagai reaksi peminat. Ada yang mengatakan Leeteuk mungkin dalam keadaan tekanan untuk mencari pasangan hidup memandangkan usianya kini sudah mencecah 36 tahun.

Selain itu, ada juga yang mengatakan Leeteuk pasti akan sangat malu dengan terbongkarnya isi mesejnya untuk sejumlah wanita tersebut.

Sedangkan sebelum ini pemilik nama asli Park Jeong Su tersebut mengaku bahawa terdapat peminat yang telah menjual nombor telefonnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend