• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Mia Ahmad Padam Gambar Bersama Suami Di Instagram?

Tindakan pelakon Mia Ahmad yang memadamkan gambar-gambar bersama suami, Izham Tarmizi di Instagram miliknya ternyata telah menimbulkan tanda tanya ramai pihak.

Menerusi tinjauan yang dibuat oleh KopiPlanet.com di Instagram milik pelakon tersebut, ternyata tiada lagi gambar dirinya bersama suaminya yang juga merupakan penjaga gol JDT itu.

Malah, status terbaharu yang dimuat naik di Instagramnya dua hari lalu semakin menjadi teka-teki, apatah lagi ruangan komen juga telah ditutup.

Ternyata tindakan tersebut membuatkan ramai yang mula menyangka bahawa hubungan Mia dan Izham seperti bermasalah buat masa ini.

Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi telah mendirikan rumah tangga bersama Izham pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

Baru-baru ini mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki setelah Mia selamat bersalin di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru pada 28 September lalu. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Mia Ahmad

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend