Cerita ArtisHiburan

Molek Lagu Tanda Apresiasi Salammusik Terhadap Kaum Hawa

Kumpulan Salammusik kini tampil dengan single terbaharu berjudul Molek yang mengangkat tema apresiasi terhadap kaum wanita.

Menghuraikan lebih lanjut mengenai mesej yang terkandung dalam lagu ini, Salam berkata, “Apabila kita semakin tua dan bertambah usia, kita mula menyedari nilai kesihatan dan kecantikan semula jadi dalaman dan luaran.”

“Kami percaya bahawa keindahan semula jadi datang dari jiwa. Jadi apabila sesuatu yang dirasakan dari dalam, pasti akan terpancar pada luarannya.

“Sudah tiba masanya untuk kita mengetengahkan kecantikan semulajadi. Meraikan kepelbagaian, perbezaan dan mendorong wanita untuk menghargai keindahan semula jadi, kecantikan dalaman dan menerima keaslian. Seperti yang dijelaskan oleh lagu, “You don’t need make-up, to look lovely, your authenticity makes my heart sink,” katanya.

Muzik video (MV) Molek kini sudah boleh ditonton menerusi saluran Youtube Salammusik. MV yang diarahkan oleh Art-tech itu mengambil latar pemandangan cantik Pulau Langkawi sebagai simbolik kepada lagu Molek itu sendiri. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button