AdvetorialKongsi

Muaz Emporium Lancar Label Baharu ‘Muaz Exclusive’, Perkenalkan Koleksi Lebih Premium

Dunia fesyen tempatan sekali lagi menyaksikan detik bersejarah apabila Muaz Emporium, jenama yang sinonim dengan rakyat Malaysia sejak 1993, melancarkan label baharunya, Muaz Exclusive, dalam sebuah majlis gilang-gemilang di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Dikenali sebagai jenama yang terkenal dengan fesyen mampu milik itu kini melangkah ke tahap seterusnya apabila memperkenalkan koleksi yang lebih premium namun tetap setia dengan prinsip asal mereka memastikan fesyen berkualiti dapat dinikmati oleh semua.

Menurut pihak pengurusan, bulan September dipilih sebagai waktu pelancaran kerana ia lebih sesuai dengan perancangan tahunan syarikat. 

Bulan 12 biasanya tumpuan lebih diberikan kepada cuti sekolah, manakala bulan 2 bertepatan dengan bulan Ramadan yang memerlukan fokus kepada operasi cawangan.

Dengan itu, September menjadi waktu paling ideal untuk memberi perhatian penuh kepada pengenalan koleksi baharu. 

Malah, Muaz menegaskan bahawa mereka sentiasa memperkenalkan sesuatu yang segar hampir setiap minggu di pusat beli-belah, walaupun tidak diwar-warkan secara besar-besaran. Bagi pelanggan setia, mereka sudah terbiasa menantikan koleksi baharu ini.

Majlis pelancaran diserikan dengan pertunjukan fesyen koleksi wanita yang memperlihatkan rangkaian baju kurung moden, jubah eksklusif, serta gaun kontemporari.

Rekaan menekankan keselesaan dan gaya moden, menggunakan fabrik premium seperti satin, chiffon dan kapas lembut. Koleksi ini hadir dengan variasi warna yang luas, dari rona pastel yang lembut hingga ke tona berani, menjadikannya sesuai digayakan untuk pelbagai acara daripada kasual, rasmi hingga sambutan perayaan.

Koleksi wanita ini bukan sahaja memperkukuh reputasi Muaz dalam dunia fesyen tempatan, malah menegaskan komitmen mereka untuk menawarkan gaya kontemporari yang seiring dengan trend terkini.

Sorotan utama malam tersebut ialah pengumuman mengenai koleksi baju Melayu eksklusif Muaz Exclusive.

Koleksi ini ditawarkan pada harga hanya RM97.80 dengan pilihan sehingga 30 warna berbeza. Menurut pihak Muaz, nilai sebenar koleksi ini boleh mencecah hampir RM189.90, tetapi mereka memilih untuk mengekalkan harga berpatutan agar semua golongan mampu memilikinya.

Sebagai penghargaan, setiap tetamu yang hadir menerima sepasang baju Melayu eksklusif ini untuk dibawa pulang. Tindakan ini memperlihatkan bahawa jenama ini benar-benar menitikberatkan pelanggan sebagai keutamaan utama.

Buat pertama kalinya dalam sejarah lebih 30 tahun, Muaz melantik selebriti sebagai duta rasmi. Dato’ Aaron Aziz dan Siti Saleha diumumkan sebagai wajah rasmi Muaz Exclusive, langkah yang menandakan strategi baharu dalam penjenamaan.

Kedua-dua figura ini dipilih bukan sahaja kerana populariti mereka, tetapi kerana personaliti yang mesra, mudah didekati dan mempunyai “chemistry” dengan jenama. 

Menurut pengurusan, aspek keserasian lebih penting daripada nilai bayaran semata-mata.

Dato’ Aaron Aziz menekankan nilai warisan dalam koleksi baju Melayu, manakala Siti Saleha meluahkan rasa bangga kerana dapat mewakili jenama tempatan yang menekankan kualiti, keselesaan dan gaya elegan walaupun harga ditawarkan secara mampu milik.

Muaz menegaskan bahawa Muaz Exclusive bukanlah usaha rebranding, tetapi sebuah garisan baharu di bawah jenama induk Muaz Emporium.

Jika Muaz Emporium selama ini sinonim dengan pakaian berpatutan untuk seisi keluarga, maka Muaz Exclusive hadir sebagai cabang yang memberi fokus kepada koleksi premium dengan penampilan lebih bergaya, namun tetap dalam lingkungan harga yang berpatutan.

Bagi Muaz, pesaing bukanlah fokus utama. Apa yang lebih penting ialah memastikan pelanggan berasa dihargai dan mendapat nilai terbaik.

Segala strategi daripada harga baju Melayu di bawah RM100, pengenalan koleksi wanita eksklusif, sehinggalah pemberian hadiah kepada tetamu adalah bukti bahawa pelanggan tetap menjadi nadi utama kepada syarikat.

“Everything I do is just for my customers,” jelas pengurusan, menggambarkan dedikasi mereka dalam membina jenama yang dekat dengan rakyat.

Dengan pelancaran Muaz Exclusive, Muaz Emporium meneguhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju fesyen tempatan. Ia adalah simbol evolusi menyulam tradisi dan moden, memberi nafas baharu dalam fesyen, dan membuktikan bahawa gaya premium boleh dinikmati oleh semua.

Muaz Exclusive hadir bukan sahaja sebagai koleksi pakaian, tetapi sebagai manifestasi aspirasi jenama tempatan untuk berdiri sama tinggi dengan nama antarabangsa, sambil kekal mesra di hati pelanggan Malaysia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button