• FOLLOW US
Filem, Terkini

Munafik 2, HKL Tersenarai Top 20 Filem Paling Laris Di Malaysia

Dua filem tempatan terbitan tempatan, Munafik 2 dan Hantu Kak Limah (HKL) tersenarai dalam Top 2O filem yang mendapat kutipan paling tinggi di Malaysia.

Menerusi sumber yang diperolehi, setakat ini Munafik 2 meraih kutipan sebanyak RM40 juta untuk berada di kedudukan ke-12, manakala HKL pula meraih RM37.56 juta dengan berada di kedudukan ke-13.

Bagaimanapun, kedudukan berkenaan mungkin berubah memandangkan kedua-dua buah filem berkenaan masih lagi ditayangkan di pawagam sehingga kini.

Munafik 2 misalnya dilihat berpotensi untuk mengatasi kutipan filem Black Panther yang mengutip RM40.03 juta (ke-11) dan Captain America: Civil War dengan meraih RM42.20 juta (ke-10).

Menariknya, kedua-dua filem itu juga berjaya mengatasi kutipan filem Hollywood besar yang lain seperti Transformers: Dark Of The Moon (ke-14), Transformers: The Last Knight (ke-15) dan The Avengers (ke-16).

Untuk rekod, filem Avengers: Infinity War mengungguli carta filem paling laris di Malaysia apabila berjaya mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM68.07 juta untuk berada di tangga pertama.

Filem yang berada di kedudukan ke-2 pula menjadi milik Fast & Furious 7 (RM58.30 juta) dan tempat ketiga pula adalah filem Jumanji: Welcome To The Jungle (RM57.38 juta). – KopiPlanet.com

Berikut merupakan senarai Top 20 filem paling laris di Malaysia.
1. Avengers: Infinity War – RM68.07 juta
2. Fast And Furios 7 – RM58.30 juta
3. Jumanji: Welcome To The Jungle – RM57.38 juta
4. Fast And Furious 8 – RM53.79 juta
5. Jurassic World: Fallen Kingdom – RM52.64 juta
6. Avengers: Age Of Ultron – RM47.78 juta
7. Jurassic World – RM43.31 juta
8. Transformers: Age Of Extinction – RM43.29 juta
9. Iron Man 3 – RM42.66 juta
10.Captain America: Civil War – RM42.20 juta
11.Black Panther – RM40.03 juta
12.Munafik 2 – RM40.00 juta*
13.Hantu Kak Limah – RM37.56 juta*
14.Transformers: Dark Of The Moon – RM34.89 juta
15.Transformers: The Last Knight – RM34.57 juta
16.The Avengers – RM34.15 juta
17.Thor: Ragnorak – RM33.93 juta
18.Rampage – RM31.38 juta
19.Kong: Skull Island – RM30.67 juta
20.The Amazing Spider-Man 2 – RM30.54 juta

*masih tayang di pawagan dan menunggu jumlah kutipan terkini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend