
Cerita ArtisHiburan
Muzik Video Lagu Sedih Hati Nyanyian Malique @ Mr. General Dedah Wajah Anaknya Inca Medina
Penyanyi hip hop popular, Malique telah mendedahkan anaknya, Inca Medina dalam muzik video lagu terbaharunya, Sedih Hati di YouTube.
Menerusi muzik video berkenaan, Inca dilihat bermain alat muzik biola dan wajahnya didedahkan pada hujung lagu berkenaan.
Dalam pada tu, menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji kecantikan yang dimiliki oleh Inca.
Sebelum ini, nama ‘Inca Medina’ pernah dimasukkan dalam lagu berjudul Senyum nyanyian Najwa Mahiaddin yang dihasilkan oleh Malique.
Penyanyi itu mendirikan rumah tangga dengan pelakon Melissa Maureen Rizal pada tahun 2008.
Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Inca Medina, Rumi Arjuna, Chasca Maya dan Ezra Aditya. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
1
+1
+1
+1



