Cerita ArtisHiburan

Kakak Neelofa Rasa Serba Salah Orang Silap Tafsir Emoji ‘Love’

Kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Nabila Mohd Noor berkata dia merasa serba salah selepas ramai pihak telah menyalah tafsir emoji ‘love’ yang dimuat naik olehnya, memaparkan video Neelofa sedang berbual dengan PU Riz.

Menurut Nabila yang juga bekas isteri kepada aktor Sharnaaz Ahmad itu, disebabkan perkara tersebut dia kini menjadi serik dan akan lebih berhati-hati apabila memuat naik sesuatu di laman sosialnya.

“Emoji ‘love’ yang saya kongsikan di Instastory hanyalah sekadar berkongsi rasa teruja pada majlis perkahwinan adik lelaki saya, Aqief. Tak sangka pula video itu jadi viral dan saya jadi rasa serba salah pula… nak padam pun benda itu dah tular.

“Sejujurnya emoji itu tidak bermaksud apa-apa pun tapi orang luar sudah menyalah tafsir perkara itu. Bila jadi benda macam ini, ia buatkan saya jadi lebih berhati-hati dalam nak berkongsi kepada orang di luar sana selepas ini,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran butik Naelofar di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya semalam.

Nama Neelofa sebelum ini hangat dikaitkan dengan PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail selepas mereka dilihat sering meluangkan masa mengaji bersama ketika menyambut bulan Ramadan lalu selain bekerjasama dalam beberapa program kebajikan.

Sementara itu, Nabila berkata dia tidak kisah dengan siapa yang bakal bergelar suami kepada adik kesayangannya itu asalkan Neelofa bahagia dengan pilihannya.

“Tak kisahlah sama ada Pu Riz atau sesiapa sahaja. Yang penting, saya nak lihat Neelofa gembira dan bahagia. Selagi bahagia yang diperlukan, lelaki itu perlu bersama susah dan senang dengannya. Ilmu agama itu juga penting agar dapat sama-sama mendidik.

“Kami sekeluarga pun senang dengan PU Riz dan secara tidak langsung saya yang kurang ilmu (agama) ini dapat belajar sesuatu daripadanya,” ujar Nabila. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button