
Cerita ArtisHiburan
Naik Tujuh Kilogram, Elyana Beritahu Beratnya Kini Sudah Mencapai 42 Kilogram
Penyanyi popular Elyana memaklumkan bahawa beratnya kini sudah mencapai 42 Kilogram.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri olehnya menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulillah! Berat saya dari 35kg ,hari ni timbang 42kg…
“Terima kasih yang mendoakan dan yang tak jemu-jemu sedekah makanan pada saya..i love u!” tulisnya.
Ketika ini, umum mengetahui mengenai Elyana yang kini sedang menjalani rawatan kanser limfoma yang dihadapinya.
Malah, penyanyi berkenaan juga kini menjalani rawatan radioterapi di sebuah pusat perubatan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
2
+1
+1
+1



