Cerita ArtisHiburan

Nak Apa Lagi Buat Aryanti Mahu Tampil Bersama Altimate

Penyanyi Datin Seri Lisa Aryanti Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Aryanti mengakui mahu tampil bersama penyanyi rap tempatan Altimate menerusi single kedua berjudul Nak Apa Lagi.

Menurut Aryanti, dia mula tertarik dengan Altimate ketika menyaksikan pentas Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) pada tahun lalu.

“Sebenarnya saya tidak tahu Altimate akan bersara dalam industri muzik ketika itu dan sebagai penampilan terakhir Altimate, saya ingin bergandingan bersamanya.

“Saya turut meminati Altimate sejak melihat persembahan dia di pentas AJL 32 dengan membawa lagu berjudul Amboi dan bermula dari itu saya bekerjasama dengan dia,” kata Aryanti kepada KopiPlanet.com

Aryanti ditemui majlis pelancaran dan video muzik Nak Apa Lagi yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Aryanti mendedahkan bahawa pelakon Azhar Sulaiman yang mencadangkan agar dia berduet dengan penyanyi rap terkenal itu.

“Saya dan Azhar merupakan sahabat baik. Pada mulanya dia terkejut saya pernah keluarkan single pertama lagu Cuba Lagi, tetapi tidak pernah dimainkan di corong-corong radio.

“Oleh itu, dia cadangkan kepada saya untuk berduet bersama bintang hip hop terkenal. Kemudian saya terus menyatakan keinginan kepada suami untuk menghasilkan buah tangan kedua ini,” ujarnya.

Selain berjinak dalam dunia seni, Aryanti turut menguruskan perniagaan produk terbaru iaitu sabun semula jadi yang bebas kimia.

Aryanti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Raja Firdaus Raja Zainal. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata Raja Ratna Qaseh Aryana, 12, dan Raja Aaron Ruzi berusia 5 tahun. – KopiPlanet.com

Artikel : Syafiqah Othman
Pelajar praktikal : UiTM Puncak Perdana

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button