FilemTerkini

Nama Pengarah Panglima Awang Masih Belum Didedahkan, Studio Kembara Enggan Timbulkan Sebarang Kontroversi

Pihak Studio Kembara enggan menimbulkan sebarang kontroversi susulan nama Areel Abu Bakar yang digugurkan dari kerusi pengarah filem Panglima Awang Darah Indera Gajah sebelum ini.

Penerbitnya, Abdul Rahman Mat Dali memaklumkan bahawa pihak produksi turut mengambil kira beberapa faktor untuk membuat keputusan tersebut.

“Segala keputusan yang telah diputuskan adalah demi kepentingan pihak Studio Kembara sendiri serta mutu industri filem dan kepuasan penonton.

“Sudah tentu kami tidak mahu terpalit dengan sebarang kontroversi dan mahu mengelak daripada isu-isu yang boleh menimbulkan perbahasan,” jelasnya.

Beliau berkat demikian ketika ditemui semasa majlis pelancanran trailer dan lagu tema (OST) filem berkenaan yang berlangsung di Cyberjaya baru-baru ini.

Sebelum ini, Areel yang juga pengarah filem Walid dan Geran meluahkan rasa terkejut apabila namanya secara tiba-tiba digugurkan sebagai pengarah filem itu tanpa sebarang perbincangan dilakukan kedua-dua belah pihak.

Ujar Abdul Rahman, pihaknya sendiri ada cuba memanggil Areel untuk berbincang kira-kira empati bulan lalu, namun pengarah itu enggan berjumpa.

Sementara itu, beliau memberitahu bahawa tidak semua babak yang dihasilkan oleh Areel digunakan untuk filem yang akan ditayangkan di pawagam pada 11 Januari 2024.

Pada masa sama, nama pengarah yang menggantikan tempat Areel juga masih lagi dirahsiakan dan hanya akan didedahkan pada 2 Januari ini, iaitu pada acara tayangan perdana filem berkenaan.

“Siapa pengarah yang menggantikan Areel, biarlah kami rahsiakan lagi sehingga akan diberitahu pada 2 Januari ini. Kami juga akan berbincang sama ada akan meletakkan nama Areel sebagai pengarah atau tidak,” ujarnya.

Filem Panglima Awang Darah Indera Gajah adalah merupakan spin-off kepada salah satu watak utama dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang ditayangkan pada tahun lalu.

Ia menampilkan barisan pelakon seperti Fattah Amin, Fazura, Heliza Helmi, Amir Ahnaf, Nadhir Nasar, Namron, Hasnul Rahmat dan ramai lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button