EventHiburan

Radio IKIM Lakukan Penjenamaan Semula Untuk Tarik Golongan Muda

Sesuai dengan perkembangan semasa waktu kini, nampaknya Radio IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) turut menyusun langkah baru dengan melakukan penjenamaan semula sebagai strategi bagi mengukuhkan lagi jenamanya serta menarik pendengar terutamanya golongan muda.

Selain itu, dengan berkonsepkan tema baharu “Inspirasi Inforia Islam” menggantikan “Pilihan Utama Anda”, ia telah menarik 1.3 juta pendengar menerusi 15 frenkuansi dan platform digital yang boleh dicapai menerusi talian di luar negara serta segenap lapisan kelompok masyarakat.

“Dengan hasrat untuk menjadikan Radio IKIM sebagai stesen pilihan pendengar, beberapa pendekatan menerusi program penjenamaan semula ini akan dilaksanakan iaitu dengan memperkenalkan logo dan tagline baharu radio ini.

“Sebutan IKIM FM telah ditukar kepada IKIM, memperkenalkan gandingan baru penyampai serta memperkasakan strategi digital radio IKIM,” ujar pengerusi IKIM Tun Ahmad Sarji Hamid.

Beliau berkata demikian ketika berlangsungnya majlis pelancaran dan sidang media penjenamaan semula Radio IKIM sempena ulang tahun ke-27 yang diadakan di Dewan Rebana, Grand Bluewave hotel Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Berlandaskan pengisian yang padat serta kelompok pendengar untuk mendapatkan hiburan juga telah mendorong radio IKIM mengubah semula segmen bual bicara yang lebih segar agar mampu memenuhi cita rasa para pendengarnya.

Justeru itu, segmen-segmen lama dan baru telah ditambah baik bagi menceriakan lagi pendengar pada waktu puncak sebelah pagi dan petang.

Antara segmennya adalah seperti lensa dunia sains, bicara alam, Islam & konservasi, psikologi & terapi dan sepuluh lagi segmen lain yang mengisi pendengar.

Sementara itu, gandingan penyampai radio lama dan baru seperti Suffian Amrin, Hazwan Syah, Syafiq Salleh, Datin Mona Jasman, Norhayati Paradi, Siti Rohani Surani dan Hj Faiz Othman turut memain peranan penting bagi memeriahkan lagi pendengar setiap hari dengan info-info terkini yang lebih padat.

Oleh itu, Radio IKIM tetap unggul menjadi satu-satunya stesen radio berkonsepkan pendekatan Islami berbentuk hiburan mendidik jiwa yang beroperasi selama 24 jam sehari. – KopiPlanet.com

Artikel oleh: Fatin Marzuki
Pelajar Praktikal Puncak Perdana

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button