Cerita ArtisHiburan

Zizan Razak Hos Festival Filem Malaysia Ke-29

Pengacara popular, Zizan Razak diberi mandat mengendalikan malam Anugerah Festival Filem ke-29 (FFM 29) yang akan bersiaran dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 September ini.

Pengumuman tersebut dibuat dalam majlis sidang media FFM 29 yang diadakan di ibu kota, petang tadi.

Selain Zizan, malam anugerah bertemakan Transformasi Citra Karya itu turut menampilkan hos bersama Nabila Huda, Elizabeth Tan dan Siti Elizad.

Ketika ditanya mengenai pemilihannya sebagai hos Zizan berkata, “Saya terkejut tapi saya bangga (terpilih sebagai hos) sebab saya pun dah lama tak buat hosting.”

“FFM sebuah platform yang agak serius, agak formal, saya rasa berbangga sebab mereka percaya dengan kredibiliti saya menghoskan acara,” katanya yang percaya dengan kebolehan seseorang pelawak dalam mengacarakan majlis formal agar ia tidak kelihatan bosan.

Berjanji akan memberikan pengacaraan yang terbaik, Zizan menambah dia akan menghoskan majlis berprestij itu mengikut caranya namun tidak lari daripada konsep asal anugerah.

“Adlib memang kerja saya tapi kena berpada-pada supaya tak over.

“Mengenai hos gandingan bersama, kita akan berbincang agar perjalanan majlis menjadi fun dan supaya kami tak nampak trying too hard (dalam menghiburkan penonton),” kata hos berusia 33 tahun itu.

FFM 29 merupakan anjuran FINAS dengan kerjasama Persatuan-Persatuan Perfileman Malaysia dan disokong Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah FINAS yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk FFM 29, Dato Fauzi Ayob berkata sebanyak 53 filem dihantar bagi pencalonan awal untik 18 kategori yang dipertandingkan.

Filem-filem yang ditayangkan dalam tempoh bulan Ogos 2016 hingga 31 Julai tahun ini layak menghantar pencalonan untuk FFM 29.

Malam anugerah itu nanti akan diserikan dengan persembahan istimewa daripada Salamiah Hassan, Atilia, Duoliti feat KRU, Mirwana, UNIC, Shiha Zikir dan Akim & The Majistret.

Puan Sri Tiara Jacquelina, Fauziah Dato Ahmad Daud, Rusdi Ramli, Nasha Aziz, Raja Mukhriz, Vanidah Imran, Pekin Ibrahim, Kavitha Sidhu, Dato Norman Abdul Halim, Nadiya Nisaa, Sharon Paul, Zul Ariffin, Raja Ilya, Rykarl Iskandar dan Mia Sara pula dipilih sebagai penyampai anugerah pada malam yang menghimpunkan barisan penggiat seni perfileman tanah air.

FFM 29 bakal disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button