Cerita ArtisHiburan

Nikita Mirzani Tangguh Hasrat Terjun Ke Dunia Politik, Tidak Mahu Dipandang Bodoh Oleh Masyarakat

Pelakon dan selebriti seksi terkenal Indonesia, Nikita Mirzani mengakui dia sememangnya mempunyai minat untuk terjun ke dunia politik.

Bercakap perkara tersebut dalam satu wawancara di YouTube The Leonardo’s baru-baru ini, Nikita menyatakan keinginan tersebut timbul sejak tahun lalu.

“Saya memang teringin untuk menyertai bidang politik.

“Kalau diikutkan sejak tahun lepas lagi saya nak terjun ke dunia politik, memang itu keinginan saya,” jelasnya.

Bagaimanapun, pelakon yang terkenal selalu tampil seksi itu memberitahu ada beberapa sebab dia terpaksa menangguhkannya terlebih dahulu.

Ujarnya, buat masa ini adalah lebih baik untuk dia mempelajari terlebih dahulu selok-belok tentang dunia politik agak tidak dipandang bodoh oleh masyarakat.

“Saya tidak mahu masuk dalam politik tanpa mengetahui apa-apa mengenainya. Jadi, saya perlu belajar dahulu sebelum benar-benar terlibat.

“Lagipun ramai sekarang yang masuk ke dunia politik sebab saja-saja ingin masuk,” tegasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button