AntarabangsaHollywood

Noah Luah Isi Hati Jadi Adik Miley Cyrus Menerusi Lagu

Sejak kebelakangan ini, nama Noah Cyrus kini semakin menjadi sebutan ramai. Mengikut jejak langkahnya iaitu Miley Cyrus, dia kini sudah memulakan karier sebagai penyanyi.

Sejak awal kemunculannya, projek kolaborasi Noah bersama Labrinth bertajuk Make Me Cry telah menjadi hit. Sejak itu, ia telah melahirkan beberapa buah album iaitu NC-17, Good Cry dan yang terbaharu The End Of Everything.

Dalam album terkininya itu, terdapat salah satu single yang mencuri perhatian peminat iaitu lagu berjudul Young & Sad. Menariknya, lirik dalam lagu berkenaan menyatakan luahan isi hatinya yang hidup dalam bayang-bayang Miley.

Dalam lagu berkenaan, Noah mengungkapkan perasaan bahawa memiliki seorang kakak yang bergelar superstar bukanlah sesuatu yang mudah, terutama sekali ketika mahu memulakan karier sebagai penyanyi.

“Menerusi rangkap kedua lagu itu, ia mengungkapkan tentang perasaan tertekan dan melalui rasa-rasa sulit sebagai adik Miley. Namun, seperti yang ada semua tahu saya selalu berasa kalau tak ada seorang pun yang peduli dengan apa pun yang orang lain katakan mengenai saya di internet.

“Disebabkan itulah yang selalu dikatakan orang lain pada saya, tidak peduli apa pun yang terjadi, saya akan berada dalam bayangan itu (Miley),” ujarnya.

Ujarnya, disebabkan itu dia telah menghasilkan lagu berkenaan kerana ia adalah sebahagian besar yang terjadi dalam kehidupannya sekarang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button