• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Norman Hakim, Alif Satar Kongsi Pengalaman Berjumpa Dengan Banduan Akhir

Pelakon Norman Hakim dan Alif Satar telah berkongsi pengalaman masing-masing ketika berpeluang berjumpa dengan banduan akhir di Penjara Sungai Buloh semalam.

Kongsi Norman di laman Instagram miliknya, ia merupakan jemputan daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri bersama dengan pihak penjara untuk berbuka puasa, solat Maghrib dan Isyak serta berterawih berjemaah dan bermoreh bersama banduan akhir iaitu banduan yang bakal menjalani hukuman gantung.

“Satu perasaan yang tak dapat nak saya gambarkan dengan kata-kata ketika menerima jemputan ini. Perasaan yang bercampur-baur. Macam teka-teki dalam kepala. Tak pernah terduga untuk diundang dalam acara hening sebegini. Memang kitaorang tak dibenarkan untuk bawa handphone atau segala alat digital yg boleh membuat rakaman saat kaki melangkah masuk dalam sempadan penjara.

“Masa saya type ni, alhamdulillah semuanya dah pun selesai. Dah pun dapat segala jawapan yang bercampur baur dan menjadi tanda tanya sebelumnya. Dan dengan izin pihak Jabatan Penjara, kitaorang dikirimkan dengan pic2 momen bersama BANDUAN AKHIR yg dibenarkan utk dikongsikan dengan wajah yg sudah di ‘filtered’,” ujarnya.

Menurut Norman, terdapat banyak perkara yang ingin dikongsikan dalam pertemuan yang berlangsung selama kira-kira empat jam bersama banduan-banduan akhir berkenaan.

Sementara itu, Alif Satar pula menyatakan ia antara hari yang paling diingatinya sampai bila-bila dan berterima kasih kepada piha pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan pegawai Penjara Sungai Buloh atas jemputan dan pengalaman yang cukup istimewa.

“I had a moment with them.. lama juga bersembang dan bercerita, they were sharing their stories of how and what life is to them now. I just couldn’t hold back my tears.

“Semoga taubat dan segala doa mereka diterima Allah swt. p/s they had ‘nur’ in their faces.. walaupun dalam penjara, i think they found Him. Allahuakhbar. May Allah forgive all of our sins,” ujarnya. – KopiPlanet.

Kredit foto: Instagram Norman Hakim & Alif Satar

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend