Cerita ArtisHiburan

Norman Hakim Sertai Skuad Banteras Serbu Aktiviti Penjualan VCD & DVD Cetak Rompak

Pelakon popular Norman Hakim telah menyertai ‘Skuad Banteras’ yang membuat serbuan ke atas aktiviti penjualan VCD & DVD cetak rompa malam jadi.

Aktiviti serbuan berkenaan turut dirakam dan dikongsi oleh pelakon berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.

“Cerita lewat malam tadi. Salah satu dari dua serbuan. Ini bukan ‘cobaan’, bukan lakonan… ini ‘betul2’, ini realiti. Bukan main redah, tapi dah lama buat penyamaran & risikan oleh team Skuad Banteras.

“Ada lagi lanun vcd & dvd cetak rompak ni. Cuma malam tadi dapat ‘ikan bilis’ je. Perasaan berbaur. Ada rasa kesian & marah. Kesian sebab ‘ikan bilis’ ni pun berniaga untuk survival hidup & dipergunakan oleh ‘jerung’ yg masih berleluasa. Yang jadi marah sebab memperniagakan karya kreatif yang dirompak sewenang-wenangnya untuk untung atas angin. Undang-undang tetap undang-undang,” tulisnya.

Menurut Norman, ketika serbuan dilakukan semua pegawai-pegawai Penguatkuasa Skuad Banteras amat efisien berdasarkan latihan & pengalaman.

Ujarnya, tidak berlaku sebarang provokasi & kekerasan serta semuanya berjalan lancar walaupun masing-masing mempunyai senjata. Namun begitu, dalam serbuan ke-2 mereka telah diekori rapat oleh tonto.

“Ini sekadar ‘teaser’. Boleh tengok full video. Nanti akan saya share. Misi seterusnya lepas ni untuk serbu ke alamat-alamat mereka yang tak bertanggungjawab yang suka download link & share karya kreatif secara percuma tanpa izin. Ada dah alamat ni. Agak-agak siapa yg kena ek?TUNGGU!!!” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button