Viral

Nur Sajat Azam Mahu Mengerjakan Ibadah Umrah Setiap Tahun

Biarpun pemergian usahawan Nur Sajat mengerjakan umrah baru-baru ini berhadapan dengan kontroversi, namun ia berazam untuk menjalani ibadah umrah setiap tahun.

Menerusi laporan portal thenews.com.my, pada masa akan datang dia juga mempunyai impian untuk membawa lebih ramai mengerjakan ibadah tersebut, terutama yang banyak membantu perniagaannya.

“Apa yang boleh saya cakap saya cukup tenang di sana. Memang saya sudah berniat dari tahun ke tahun untuk ke sana lagi,” jelasnya secara eksklusif menerusi portal berkenaan.

Baru-baru ini, pemergiaan usahawan tersebut mengerjakan umrah mendapat kecaman ramai apabila dia dilihat memakai telekung.

Dalam pada itu, ketika ditanya pandangannya setelah menjadi mangsa kepada individu yang menangkap gambarnya secara curi-curi ketika menunaikan umrah, Nur Sajat sebaliknya menyatakan dia bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah tanpa gangguan.

“Saya tidak tahu mereka yang mengambil gambar saya tidak fokus kepada ibadah atau sebaliknya. Maafkan saya tetapi itu yang terdetik ketika melihat gambar-gambar saya. Apapun saya bersyukur dapat menunaikan ibadah walaupun ini kali pertama,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button