Hiburan

Nyatakan Pendirian, Tiga Persatuan Mewakili 80 Peratus Pemain Industri

Kemelut dalaman FINAS nampaknya seolah tiada penghujung. Sejak CEO FINAS Ahmad Idham didakwa terpaksa meletak jawatan kerana ada ‘tangan ghaib’ yang memaksanya turun, enam persatuan seni antara terawal menyatakan bantahan.

Antaranya seperti Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Komuniti Filem Titiwangsa (Komfit), Persatuan Sinematografi Malaysia (MySC), Pertubuhan Industri Kreatif Digital Malaysia (PIKDM)

Tapi ada pula suara-suara oportunis yang cuba menangguk di air keruh dengan menafikan hak-hak persatuan terbabit menyatakan pendirian mereka.

Sekadar nak mengingatkan, industri hanya ada tiga persatuan yang diiktiraf Finas di bawah Padu Citra iaitu Seniman, Profima dan FDAM. Sebab itulah mana-mana penerbit yang hendak keluarkan lesen SPP perlu mendapat ‘clearence’ dari 3 persatuan ini.

Kalau dilihat, tiga persatuan ini sahaja ahlinya mewakili 80 % pemain industri. Jadi, janganlah melihat pada jumlah persatuan tetapi lihat pada kekuatan ahli dalam setiap persatuan.

Menteri KKMM, YB Gobind seharusnya menapis atau ‘screen’ terlebih dulu mana-mana persatuan yang nak berjumpa dengan beliau sebab nak diikutkan banyak persatuan yang sebenarnya tidak berdaftar dan ada juga tiada ahli pun! Janganlah sampai YB tiba-tiba ‘mislead’ dengan pandangan persatuan yang tidak relevan.

Kelmarin, PFM dilihat cuba menangguk di air keruh juga ke? Bukan kah selama ini PFM yang pernah melahirkan rasa kecewa mereka kepada YB Gobind apabila banyak usul mereka tidak dilayan dan kononnya hanya dipenuhi janji kosong. Malah, dengarnya pertemuan PFM dengan YB yang telah berlangsung seawal tahun lepas bila YB mula masuk KKMM, semua tiada nampak apa-apa.

Persatuan Karyawan pula, harap janganlah memutar belitkan fakta kata pasal minoriti. Hakikatnya kita dalam industri semua tahu Karyawan adalah agenda peribadi presidennya sendiri.

Lagi pun, rasanya semua orang industri tahu Karyawan tidak pernah ada dokumentasi lengkap dan tidak pernah buat AGM. Lebih pelik, presiden pun tak pernah bertukar selain Datuk Freddie Fernandez yang secara jelas lebih cenderung kepada industri muzik.

Ada lebih baik Karyawan fokus terlebih dulu menyelesaikan kemelut royalti penyanyi yang rata-rata masih tiada jawapan, tak begitu?

“Artikel kiriman daripada pembaca setia KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button