AntarabangsaHollywood

Paris Hilton Tiru Gaya Kim Kardashian Untuk Tolong Kanye

Sosialit terkenal, Paris Hilton mengejutkan ramai peminatnya apabila tampil dengan imej 100 peratus menyamai rakannya, Kim Kardashian.

Berpakaian seluar jogger, Paris turut mewarnakan rambutnya dengan warna trademark Kim iaitu kelabu.

Sebenarnya, Paris berpakaian seperti sebegitu adalah bertujuan untuk mempromosikan kasut terbaharu keluaran suami Kim, Kanye West iaitu koleksi Yezzy Season 6.

Selain Paris, Kanye turut dikhabarkan telah melantik beberapa selebriti popular lain bagi tujuan memberi publisiti terhadap kasut rekaan baharunya itu di media sosial masing-masing.

Terdahulu, Kim telah menggayakan sepasang kasut Yeezy ketika sedang menyelesaikan urusan sehariannya pada November lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button