AntarabangsaKpop

Park Bo Gum Raja Iklan Korea Selatan

Pelakon terkenal Korea, Park Bo Gum dan Seoulhyun AOA menduduki tangga pertama pilihan pengiklan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.

Dalam survey yang dijalankan di kalangan pengiklan, dua nama popular itu menjadi perhatian mereka memandangkan kedua-duanya mempunyai jumlah peminat yang cukup ramai di negara tersebut.

Dalam survey berkenaan, Bo Gum menduduki tempat pertama dengan 23 peratus manakala aktor Train To Busan, Gong Yoo di tempat kedua sebanyak 15 peratus di kalangan 38 pengiklan yang mengambil bahagian dalam survey terbabit.

Untuk selebriti wanita pula, Seolhyun AOA memperolehi 18 peratus pilihan pengiklan diikuti Jun Ji Hun sebanyak 15 peratus.

Selain nama-nama di atas, pengiklan turut gemar mengejar Kim Yuna IU, Suzy, Park Bo Young dan Shin Min Ah bagi menjadi wajah produk mereka sehingga melayakkan selebriti-selebriti tersebut bergelar raja dan ratu iklan di Korea pada masa kini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button