Cerita ArtisHiburan

Paru-Paru Kanan Abang Arwah Siti Sarah Rosak Akibat Covid-19, Mungkin Ambil Masa Tiga Hingga Empat Bulan Untuk Pulih

Abang kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah, Ahmad Firdous Raissuddin menyatakan paru-paru kanannya mengalami kerosakkan akibat Covid-19.

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh Ahmad Firdous menerusi akaun Facebook miliknya beberapa hari lalu.

“Ramai yg nak tahu keadaan saya sebenar.. Maaf saya tak dapat nak balas satu2. ALLAH MAHA BESAR DAN SAYA BERSYUKUR DGN APA YG BERLAKU.PARU2 KANAN SAYA ROSAK.PARU KIRI SAYA KENA SIKIT DI BAHAGIAN BELAKANG.

TAPI ALHAMDULILLAH SAYA BOLEH PULIH INSYALLAH DGN IZIN ALLAH.AMBIK MASA MUNGKIN 3-4 BULAN INSYALLAH. SAYA PAKAI OKSIGEN PUN DAH DIKURANGKAN PADA 10 KE 9.ALHAMDULILLAH SYUKUR SGT.SO PADA RAKAN2 INI INFO TERKINI SAYA. MAAF TAK DAPAT BALAS SATU. ADA KALA SAYA SEHAT… ADA KALA SAYA KURANG TENAGA,” ujarnya.

Abang kepada arwah penyanyi itu telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) untuk menjalani rawatan di Hospital Serdang setelah positif Covid-19.

Sebelum ini, Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, akibat Covid-19, pada 9 Ogos lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button