Cerita ArtisHiburan

Peguam Shuib Nyatakan Kes Kini Masih Dalam Peringkat Siasatan SPRM

Susulan kepada berita mengenai Shuib Sepahtu yang telah dipanggil ke pejabat SPRM baru-baru ini, peguam yang mewakili mereka tampil membuat penjelasan mengenai perkara yang telah berlaku melibatkan anak guam mereka.

Peguam Muhammad Fadhli M. Sutris dari Fadhli Sutris & Associates berkata, tujuan penjelasan dibuat adalah bagi menjawab sebarang khabar angin mahupun berita yang tidak sahih dan spekulasi yang telah tular di media sosial mahupun berita-berita yang diterbitkan di media cetak sejak kehadiran anak guam mereka di pejabat SPRM pada hari Khamis lepas.

“Sepertimana yang telah dijelaskan oleh pihak pengurusan bagi Shuib dan Siti Sarah melalui siaran media yang telah diedarkan sebelum ini sebarang komen berkenaan kehadiran dan sebab mengapa mereka hadir di pejabat SPRM tidak dapat didedahkan buat masa ini memandangkan ia masih berada di dalam peringkat siasatan SPRM dan sebarang kenyataan mahupun keterangan berkenaan perkara tersebut akan mengganggu proses siasatan SPRM.

“Seperti yang telah kami nasihatkan dan untuk menghormati proses perundangan negara, anak guam mahupun pihak pengurusan mereka tidak digalakkan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut.  Perkara ini amatlah penting bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak SPRM,” jelasnya.

> Baca: Hanya Shuib Sahaja Telah Dipanggil Beri Keterangan Di SPRM

Menurutnya lagi, mereka turut mengesahkan bahawa anak guam mereka tidak pernah ditahan reman oleh pihak SPRM mahupun terdapat sebarang permohonan reman dibuat ke atas anak guam memandangkan kehadiran ke pejabat SPRM hanyalah untuk memberi keterangan sahaja. 

“Anak guam kami telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak SPRM sepanjang keterangan beliau diambil. Untuk makluman rakaman keterangan beliau telah diambil dan selesai pada hari yang sama. Beliau kemudiannya telah dibenarkan pulang setelah selesai proses tersebut manakala kehadiran Puan Siti Sarah hanyalah untuk menemani suami beliau sahaja.

“Tiada sebarang tangkapan mahupun permohonan reman dibuat terhadap kedua-dua anakguam seperti yang telah dilaporkan beberapa media sebelum ini dan kesemua kenyataan yang bertentangan dan tular adalah tidak benar sama sekali.

Ingin kami tekankan sekali lagi bahawa kehadiran anakguam kami hanyalah untuk membantu proses siasatan pihak SPRM sahaja dan anakguam kami telah memberi kerjasama penuh dalam membantu siasatan tersebut,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button