
Pelakon Emma Maembong Kini Sah Bergelar Isteri Shazli
Dengan sekali lafaz, pelakon popular Emma Maembong sah bernikah dengan lelaki pilihan hatinya , Mohamad Syazli Datuk Azhar, kira-kira jam 11.58 pagi tadi.
Menerusi laporan portal Astro Gempak, majlis pernikahan Emma atau nama sebenarya Fatimah Rohani dan Syazli yang berlangsung di Shah Alam itu dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pasangan.
Pengantin lelaki telah membawa mas kahwin sebanyak RM2,000 dan senaskah Al-Quran kepada pihak perempuan.
Perkara tersebut disahkan menerusi video yang dirakam secara langsung oleh kakak Emma, dikenali sebagai Beby Maembong di laman sosial Instagramnya.
Beby membuat rakaman secara langsung sekitar hari pernikahan Emma menerusi ruangan IG Storynya bermula pukul 11.30 pagi, Khamis. – KopiPlanet.com