• FOLLOW US
Viral

Pelakon Fail Saman, Bekas Suami Dedah Kemaluannya Bau Ikan Masin

Pelakon Indonesia, Fairuz A Rafiq memfailkan saman terhadap bekas suaminya, pelakon Galih Ginanjar yang mendakwa kemaluannya berbau seperti ikan masin.

Pendedahan itu dibuat Galih ketika ditemubual seorang hos TV, Rey Utami untuk program yang disiarkan menerusi saluran YouTube milik Rey.

Video yang kini semakin menjadi tular memaparkan temubual di antara Galih dan Rey di mana Galih turut menceritakan hubungan seks di antaranya dengan Fairuz kebiasaannya hanya bertahan selama 15 minit sahaja ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Pasangan itu berkahwin pada 2011 namun disahkan bercerai tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang cahaya mata lelaki.

‘Bengang’ dengan pendedahan itu, Fairuz dan suaminya, Sonny Septian telah membuat laporan polis terhadap Galih dan Rey pada 1 Julai lalu atas sebab menyebarkan kandungan program yang tidak bermoral.

Pasangan itu membuat laporan polis di ibu pejabat polis Jakarta ditemani peguam mereka, Hotman Paris Hutapea. Jika disabitkan bersalah, Galih akan berhadapan dengan hukuman penjara maksimum enam tahun. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend