FilemTerkini

Pelakon Ola Bola, JC Chee Bawa Watak Lelaki Mati Pucuk

Pelakon yang sebelum ini dikenali ramai menerusi filem Ola Bola, JC Chee mengakui dia sangat teruja apabila dipilih untuk membintangi filem Get Hard.

Menurut JC Chee, ia tertarik untuk menerima tawaran berlakon dalam filem ini apabila ia berkisarkan tentang kisah seorang lelaki yang menghadapi masalah mati pucuk.

“Dalam filem Get Hard ini, saya memegang peranan sebagai Tang, seorang lelaki yang berjaya dan cukup cemerlang dalam kerjayanya.

“Cuma, di sebalik kelebihan yang dimiliki itu, Tang sebenarnya seorang sangat kurang keyakinan diri kerana berhadapan dengan masalah mati pucuk,” ujar pelakon berketurunan Cina itu.

Sebelum ini, JC Chee cukup dikenali dalam kalangan peminat filem tempatan apabila membawakan watak utama sebagai Tauke dalam filem Ola Bola.

Filem Get Hard mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Tang Wenhu (JC Chee) berusia 26 tahun yang mempunyai masa depan yang cerah dalam kerjaya dan mempunyai penampilan yang menawan serta amat popular dalam kalangan kaum wanita.

Tang mempunyai seorang teman wanita KeLi (Juwei Teoh) dan mereka sudah bercinta selama lima tahun, tetapi tidak pernah mengadakan hubungan intim. Secara tiba-tiba, ibu Tang jatuh sakit dan memaksanya untuk berkahwin dalam masa 30 hari.

Dia mula berasa cemas dan bimbang kerana menghadapi masalah mati pucuk. Tang yang buntu fikiran telah meminta bantuan daripada rakan-rakannya dan mereka telah menjalankan beberapa siri aktiviti menyelamat untuk menolong Tang mengatasi masalahnya.

Bercerita lebih lanjut tentang pembabitannya dalam filem Get Hard, JC Chee akui ia bukanlah satu tugas yang mudah.

Ujarnya, membawak watak sebagai lelaki yang mengalami masalah mati pucuk ini ternyata memberi cabaran tersendiri buat dirinya.

“Sebenarnya memang saya merasakan agak sukar untuk bawakan watak Tang ini kerana saya sendiri tidak mengalami masalah mati pucuk.

“Selain itu, cabaran lain yang perlu saya hadapi apabila Get Hard ini merupakan sebuah filem komedi, sedangkan saya tidak pernah terbabit dalam genre komedi sebelum ini,” jelasnya.

Filem Get Hard dijangka akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada bulan Mac ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button