• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Pelakon Veteran, Kirk Douglas Meninggal Dunia Pada Usia 103 Tahun

Pelakon veteran Hollywood yang cukup terkenal, Kirk Douglas yang juga ayah kepada Michael Douglas disahkan meninggal dunia pada usia 103 tahun.

Pelakon popular berkenaan meninggalkan seorang balu, Anne Buydens yang kini berusia 65 tahun dan tiga orang anak lelaki iaitu Michael, Joel dan Peter.

“Dengan rasa dukacitanya saya dan adik-beradik yang lain mengumumkan bahawa hari ini pada usia 103 tahun, Kirk Douglas telah meninggalkan kita semua.

“Kepada dunia, beliau adalah seorang legenda dan seorang pelakon yang telah melalui era keemasan dalam dunia perfileman selama berpuluh-puluh tahun,” ujar Michael.

Menurutnya, dia menganggap Kirk adalah seorang bapa yang sangat penyayang kepada anak-anak, bapa mertua yang hebat kepada menantu dan seorang suami yang terbaik.

Selain Michael, Joe dan Peter, mendiang juga mempunyai seorang anak lelaki lagi iaitu Eric dan telah meninggal dunia pada tahun 2004 ketika berusia 46 tahun kerana penggunaan dadad yang berlebihan. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend