EventHiburan

Peminat Berpeluang Beramah Mesra Dengan Calon ABPBH Di Istana Budaya

Bahang majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) semakin terasa dengan penganjuran Karnival #FANtastik yang akan berlangsung di Istana Budaya, esok.

Karnival tersebut menghimpunkan kira-kira 20 kelab peminat (FC) artis yang akan membuka booth dan melakukan pelbagai aktiviti bersama selebriti pujaan mereka bermula seawal jam 8.30 pagi.

Antara FC yang membuka booth adalah Siti Zoners (FC Datuk Seri Siti Nurhaliza), Janna Nickers (Janna Nick), Khai Bahar Empire (Khai Bahar) dan Syafiq Kyle FC (Syafiq Kyle).

Dalam karnival itu juga, majlis pengumuman pra kemuncak ABPBH ke-31 juga akan diadakan pada hari sama untuk berkongsi butiran mengenai pengacara, artis yang bakal membuat persembahan serta penyampai trofi pada malam 7 Oktober depan.

Pengunjung juga akan turut dihiburkan dengan persembahan daripada Sufian Suhaimi, Aman Aziz, Shaa, Khai Bahar dan Lan Solo.

ABPBH31 akan diadakan pada 7 Oktober ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan bertemakan INFINITI. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button