• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Peminat Teruja Dengan Muzik Video Lagu Baru iKON, I’m OK

Kumpulan Korea Selatan iKON, kembali semula dengan single terbaharu beserta muzik video I’m OK yang dipenuhi dengan komen-komen positif daripada peminat setia mereka.

Bilangan penonton bagi muzik video itu sudah hampir mencecah lima juta tontonan menerusi laman Youtube rasmi iKON yang telah dimuatnaik baru-baru ini.

Menariknya lagu ini berkisarkan tentang perasaan seseorang yang sedang patah hati kerana ditinggalkan kekasih tetapi pada masa yang sama cuba untuk bangkit daripada kegagalan tersebut.

Im OK adalah hasil ciptaan B.I dan Future Bounce, manakala liriknya pula dihasilkan juga oleh B.I bersama Bobby (ahli kumpulan iKON) dan Kim Jong Won.

iKON yang ditubuhkan pada 2015 dianggotai oleh tujuh orang anak muda iaitu Bobby, B.I, Jinhwan, Junhoe, Donghyuk, Yunhyeong dan Chanwoo. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend