Cerita ArtisHiburan

Penantian Peminat Berakhir, sombr Akhirnya Muncul Dengan Album Debut ‘I Barely Know Her’

Fenomena alt-pop global, sombr, mengumumkan mengenai album debutnya yang sangat dinanti-nantikan, I Barely Know Her.

Bakal diluncurkan pada 22 Ogos menerusi Warner Records, I Barely Know Her dijangka melonjakkan nama penyanyi berusia 20 tahun ini ke status ‘superstardom’, susulan kejayaan luar biasa sepanjang 2025 dengan rekod carta yang memecahkan pelbagai pencapaian bagi artis pendatang baharu, serta siri jelajah konsert utama dan arena yang habis terjual di seluruh dunia.

Bukan calang-calang, I Barely Know Her ditulis sepenuhnya oleh sombr dan diterbitkan bersama penerbit legenda yang disegani, Tony Berg (Phoebe Bridgers, Boy Genius, The Replacements, Aimee Mann, Michael Penn).

Lebih menarik, album ini akan dilancarkan sebelum konsert jelajah Amerika Utara sombr bermula dan boleh dipra-simpan di pelantar penstriman utama.

Single Debut Raih 1 Juta Strim Pada Minggu Pertama Dilancarkan
Pada usia 19 tahun, penyanyi dan penulis lagu, sombr muncul sebagai salah satu nama paling menyerlah dalam dunia muzik global. Bermula dengan merakamkan lagu di bilik tidur sehingga kini menjayakan persembahan ‘sold out’, artis kelahiran New York ini telah mencapai pelbagai kejayaan yang menjadi aspirasi ramai pemuzik muda.

sombr, atau nama sebenarnya Shane, mula mendapat perhatian dunia dengan single debutnya Caroline, yang mencatat lebih sejuta strim pada minggu pertama dan kini melepasi 38 juta strim di Spotify. Karya-karya lain yang turut mendapat sambutan termasuk WillowWould’ve Been You (45 juta strim) dan Do I Ever Cross Your Mind (13 juta strim).

Pada 2025, perjalanan seni sombr sampai ke titik tertinggi selepas dipilih dalam senarai berprestij Billboard 21 Under 21, yang mengiktiraf artis muda paling berpengaruh dalam membentuk masa depan industri muzik.

Senarai ini menonjolkan kehadiran sombr di peringkat global, keupayaannya menyentuh hati peminat melalui penulisan lagu yang penuh emosi, serta kejayaan strim yang mengagumkan untuk pelbagai lagu yang diluncurkan.

Tercalon di MTV Video Music Awards 2025
Mengukuhkan lagi momentum tersebut, sombr turut menerima pencalonan di MTV Video Music Awards 2025 (Artis Baharu Terbaik & Video Alternatif Terbaik), satu pencapaian yang meletakkannya sebaris dengan bakat muda paling disebut-sebut tahun ini. Pencalonan ini turut mengesahkan kedudukannya sebagai antara pengaruh baharu dalam landskap muzik pop dan indie global.

Single terbaharunya, 12 to 12, meraih sambutan dan menjadi kegemaran peminat di platform penstriman, sekali gus meningkatkan jumlah pendengar bulanannya di platform Spotify kepada lebih 3.6 juta.

“Rasa seronok bila dengar suara sendiri semakin berkembang. Belajar nyanyian klasik mengajar saya cara mendapatkan apa jua bunyi yang saya mahukan. Dan dapat berhubung dengan orang lain menggunakan alat magis ini adalah sesuatu yang mendorong dan memberi saya semangat.

“Saya menghasilkan seni yang saya rasa magis, dan ia akan menemui jalannya tidak kira apa pun. Saya benar-benar mencintai seni dan selagi saya dapat menggunakan apa sahaja yang ada dalam diri saya untuk mencipta sesuatu yang memberi inspirasi kepada lebih ramai orang, saya gembira… atau sekurang-kurangnya tidak terlalu ‘somber’,” katanya.

Konsert Jelajah
Untuk rekod, sombr baru sahaja menamatkan Jelajah Amerika Utara 2024, yang merangkumi persembahan habis jual di bandar-bandar utama seperti New York, Los Angeles, Atlanta dan Toronto. Persembahan penutup di lokasi ikonik The Troubadour di Los Angeles mendapat pujian luas daripada penerbitan muzik kerana persembahan yang memukau dan bertenaga.

Merupakan graduan LaGuardia High School di New York, sebuah sekolah seni persembahan terkenal yang menjadi inspirasi kepada filem Fame, sombr mempelajari muzik klasik sambil membangunkan materialnya sendiri. Muziknya menggabungkan elemen indie, alt-pop dan penceritaan emosi, disokong oleh pangkalan peminat antarabangsa yang setia dan semakin berkembang.

Dengan pengiktirafan antarabangsa daripada Billboard, pencalonan anugerah besar MTV, single yang mendominasi carta dan kejayaan jelajah, sombr terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu artis paling menjanjikan dalam generasinya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button