• FOLLOW US
Event, Hiburan

Penganjuran FFM-31 Ditangguhkan Akibat Penularan Covid-19

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah memutuskan untuk menangguhkan penganjuran Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM-31) yang sepatutnya dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 18 April depan.

FINAS berkata pihaknya akan meminda FFM-31 ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

“Keputusan itu dibuat selaras dengan keputusan pihak kerjasama agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat anatarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April 2020 bagi mengawal penularan Covid-19 di negara ini.

“FINAS mengambil cakna berhubung penularan Covid-19 ini dan segala program serta persiapan berkaitan FFM-31 yang melibatkan orang ramai akan ditangguhkan buat sementara waktu. Adalah menjadi tanggungjawab utama FINAS sebagai penganjur untuk mematuhi keputusan kerajaan demi melindungi kesihatan dan kesejahteraan semua pihak yang terlibat dalam FFM-31 ini,” kata kenyataan media FINAS. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend