
Pengarah Terkenal Mamat Khalid Disahkan Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung
Industri hiburan negara kehilangan seorang insan seni yang cukup dikagumi apabila pengarah terkenal Mamat Khalid disahkan meninggal dunia hari ini.
Berita mengenai pemergian berkenaan dikongsikan menerusi akaun Facebook Din Dressa, di mana dimaklumkan arwah Mamat telah dimasukkan ke Hospital Slim River.
“Dukacita dimaklumkan bahawa Mamat Khalid telah meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Slim River.
“Semoga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Jasa beliau dalam bidang perfileman amat dihargai lebih-lebih lagi dalam memperkenalkan watak Pembantu Perubatan dalam filem-filem arahan beliau,” jelas kenyataan tersebut.
Sementara itu, menerusi perkongsian Facebook Yop4ever.com pula, pengarah yang cukup terkenal dengan filem Hantu Kak Limah itu mengalami serangan jantung sebelum jatuh.
“Mohon sedekah kan bacaan Alfatihah. Kepada abg mohamad b khalid @ mamat khalid. Baru dpt info meninggal dunia krn sakit jantung .
“Jenazah akan dibawa pulang ke ipoh utk disemadikan. Semoga dipermudahkan urusan beliau dan diampunkan dosa2. Semoga roh arwah akan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman,” ujarnya. – KopiPlanet.com



