AntarabangsaHollywood

Pengasas Majalah Playboy, Hugh Hefner Ditemui Mati

Pengasas majalah porno Playboy, Hugh Hefner ditemui mati di rumahnya dipercayai akibat sakit tua, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Playboy Enterprises, Hugh yang berusia 91 tahun ditemui mati di kediamannya di Playboy Mansion, Los Angeles.

Hugh yang disifatkan sebagai ikon Amerika ini menubuhkan majalah porno Playboy sejak 60 tahun lalu.

Playboy merupakan penerbitan majalah yang memaparkan imej wanita bogel yang diterbitkan sejak 1953.

Sebelum menerbitkan Playboy, Hugh merupakan seorang wartawan majalah Esquire.

Hugh meninggalkan seorang balu, Crystal dan empat anak, Cooper, David, Marston dan Christie. – KopiPlanet.com

 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button