AntarabangsaHollywood

Pengawal Peribadi Buat Jessie J Nekad Tutup Media Sosial

Penyanyi lagu Price Tag, Jessie J akan menutup semua akaun media sosial demi memberi sepenuh tumpuan terhadap dirinya selepas kematian pengawal peribadi kesayangannya, baru-baru ini.

Jessie, 30, berkongsi tentang berita kematian pengawal peribadinya itu di Instagram lantas terus memutuskan untuk tidak lagi mempunyai sebarang akaun media sosial serta berinteraksi di laman maya buat masa ini.

Namun, Jessie berkata keputusan untuk tidak lagi aktif di laman sosial bukanlah untuk selama-lamanya, sebaliknya hanya untuk buat sementara waktu bagi dirinya meluangkan masa dengan orang tersayang.

Menurut teman wanita kepada Channing Tatum, dia ingin memulakan tahun baru dengan lebih bermakna dan akan sentiasa menghargai individu yang berada di sekelilingnya.

“Saya akan luangkan lebih banyak masa dengan keluarga demi kebahagiaan saya. Telefon bimbit tidak memberi apa-apa makna kepada saya. Saya sayang kamu semua. Selamat Tahun Baru. Mulakan tahun ini dengan baik,” luahnya di Instagram.

Kematian pengawal peribadinya telah menyedarkan Jessie erti sebuah kehidupan yang sebenar selain memberikan fokus terhadap kebahagiaan dirinya melebihi orang lain. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button