• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Peningkatan Kadar Penceraian Jadi Inspirasi ‘Curang’ Syamel

Penyanyi Syamel kini tampil dengan single terbaharu berjudul Curang yang diilhamkan daripada statistik kadar penceraian yang semakin meningkat di kalangan pasangan muda.

Digubah dan ditulis sepenuhnya oleh Aepul Roza dari Drama Band dan Syamel sendiri, lagu ini turut menampilkan muzik videonya yang memperlihatkan gandingan lakonan Syamel bersama Elisya Sandha.

Klip video tersebut menceritakan watak Syamel yang bekerja keras untuk keluarganya yang telah disalah anggap oleh isterinya sendiri. Pada masa yang sama watak Syamel mendapat tahu yang isterinya sedang bercinta dengan adiknya sendiri.

Muzik video terbitan Picturematter itu telah menjalani penggambaran di sekitar Malaysia dan Singapura.

Curang kini sudah boleh dimuat turun di semua aplikasi penstriman muzik seperti iTunes, Spotify, Joox, dan Apple Music. Sejak ditayangkan di Youtube bermula 29 November lalu , muzik video Curang telah mencatat lebih daripada 270,000 tontonan. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend