
Drama Mandul Bukan Pilihan menutup tirai dengan tayangan episod akhir pada 28 Ogos lalu dengan penonton disajikan dengan plot yang sarat dengan permainan emosi ibarat ‘roller coster’ selama tujuh minggu dan ditutup dengan sebuah episod yang menyentuh jiwa.
Kebahagian yang dikecapi oleh Aldi dan Billa setelah melalui pelbagai dugaan, ternyata hanyalah sementara apabila Billa pergi meninggalkan Aldi buat selamanya.
Reaksi penonton sudah tentunya menjadi tumpuan, di mana ramai yang berkongsi pengalaman menangis ketika menonton babak tersebut.
Tidak kurang jugak yang juga menahan rasa sedih dan sebak itu dek kerana menonton bersama keluarga, namun tewas juga akhirnya kerana penyampaian lakonan yang disampaikan oleh pelakon berbakat, Hun Haqeem dan Mira Filzah, benar-benar berkesan.
Antara komentar-komentar netizen yang membekas seperti:
“Saya tidak ingat bila kali terakhir saya menonton drama melayu. Mandul Bukan Pilihan merupakan drama pertama setelah sekian lama. Bagi balik air mata. Tak baik bagi orang nangis”- Servant Of Allah
“Kualiti drama Mandul Bukan Pilihan ni memang luar biasa. Dari pelakon, produksi sampai OST- semuanya another level. Lepas ni, drama lain pun kena set standard tinggi macam ni kalau nak compete”- Yayayayayaa
“Drama Malaysia pertama yang buat aku nangis setiap episode. Last episode air mata aku jatuh sejatuhnya.”- Bilaa
“Thank u untuk semua pelakon, director, writer, crew, staff Mandul Bukan pilihan semua yang dah susah payah dalam drama ni. First time saya layan drama melayu yang betul-betul buat saya nangis sepanjang episode. Plot, acting, feeling, music sampai pesan yang nak disampaikan semua best!”- EL
Manakala Mira Filzah pula menyatakan dalam hantaran di laman sosialnya menitipkan ucapan terima kasih kepada penonton yang menonton drama berkenaan.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan atas kerja keras, dedikasi dan semangat anda. Setiap seorang daripada anda membawa sesuatu yang unik dan merupakan satu keistimewaan untuk berkongsi perjalanan ini dengan kumpulan yang komited dan memberi inspirasi.
Terima kasih atas masa yang panjang, tenaga kreatif, sokongan berterusan, dan cara anda menunjukkan antara satu sama lain setiap hari. Ia tidak selalu mudah, tetapi kami berjaya bersama-sama.
Saya benar-benar berbangga dengan apa yang telah kami capai, dan lebih berbangga kerana melakukannya dengan anda semua. Berikut adalah semua yang telah kami bina dan perkara seterusnya. Terima kasih❤️”
Mira juga turut menyampaikan nota buat semua pejuang garis dua melalui satu hantaran video yang menyentuh perasaan di laman Instagramnya.
Berakhirnya tayangan Mandul Bukan Pilihan semalam, menandakan permulaan bagi drama baru untik slot megadrama minggu hadapan, Rumah Tanpa Luka yang akan bersiaran pada 1 September, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, di saluran Astro Ria. – KopiPlanet.com



