
Penuhi Permintaan… Abu Mayat Sean Connery Akan Ditaburkan Di Scotland
Ahli keluarga kepada mendiang Sean Connery menyatakan bahawa mereka akan menaburkan abu mayat pelakon berkenaan di Scotland iaitu di negara kelahirannya.
Menurut isteri mendiang, ia adalah bagi memenuhi permintaan terakhir bintang James Bond berkenaan.
“Kami akan membawa Sean kembali ke Scotland. Itu adalah permintaan terakhirnya. Dia ingin abunya ditabur di Bahamas dan juga di kampung halamannya,” ujar isteri Connery, Micheline Roquebrune.
Roquebrune kemudian mengatakan bahawa mereka akan langsung terbang ke Scotland setelah situasi keadaan kembali stabil daripada pandemik Covid-19.
“Kami ingin mengadakan acara untuk mengenangnya di Scotland. Itu harapan kami. Namun, kami belum boleh memastikan bila ia akan terlaksana,” ujarnya.
Sementara itu, para peminat mendiang masih terus membuat petisyen untuk mengubah nama Lapangan Terbang Edinburgh menjadi nama pelakon idola mereka.
“Liverpool mempunyai lapangan terbang John Lennon. Belfast pula mempunyai lapangan terbang George Best dan dengan kematian Sean, Edinburgh perlu mempunyai lapangan terbang Sir Sean Connery,” jelas peminatnya. – KopiPlanet.com