• FOLLOW US
Event, Hiburan

Penyanyi Lagu Filem Devdas Bakal Jayakan Konsert Di Kuala Lumpur

Penyanyi lagu filem Devdas, Shreya Ghoshal bakal menjayakan satu persembahan konsert yang akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 23 Februari depan.

Penyanyi yang pernah tampil sebanyak lima kali dalam senarai Forbes 100 selebriti terkemuka dari India ini mempunyai pencapaian yang cukup cemerlang termasuk bergelar penyanyi India pertama yang mempunyai patung lilinnya sendiri di Muzium Madame Tussauds di London pada tahun 2017.

“Saya sangat teruja untuk tampil di Malaysia buat kali pertama dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penaja iaitu Standard Chartered Malaysia. Saya merasakan bahawa ini adalah sebuah pengiktirafan yang tinggi dari sebuah bank global kerana ia menunjukkan betapa impak industri hiburan Bollywood telah dicapai di peringkat antarabangsa dan sejauh mana ia telah berlaku.

“Saya tidak sabar untuk bertemu dengan semua peminat di Malaysia. Untuk konsert kali ini saya akan menampilkan lagu-lagu hits seperti Chikni Chameli (filem Agneepath), Dola Re Dola (Devdas), Deewani Mastani (Bajirao Mastani), Teri Meri (Bodyguard) dan banyak lagi,” katanya.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Solutions Live Sdn Bhd, Rohit Rampal berkata konsert Bollywood ini merupakan yang antara paling ditunggu-tunggu peminat sejak daripada dulu lagi.

“Kami dengan bangganya mengumumkan konsert pertama kami pada tahun 2020, Shreya Ghoshal Live in Concert Malaysia. Para peminat Shreya Ghoshal yang terdiri daripada pelbagai bangsa akan dipersembahkan dengan konsert muzikal yang menghiburkan.

“Ini merupakan konsert Bollywood yang ditunggu-tunggu di Malaysia selepas kemunculan Shah Rukh Khan pada tahun 2013,” ujarnya lagi.

Hitman Solutions merupakan penganjur konsert yang tidak asing lagi untuk pasaran tersendiri di Malaysia dengan menganjurkan konsert-konsert artis Bollywood sejak 15 tahun yang lalu. Baru-baru ini, Hitman Solutions telah menganjurkan konsert “heavyweight Bhangra.

Tiket-tiket dijual dengan harga RM150 (Bronze), RM250 (Silver), RM450 (Gold), RM600 (Platinum), RM1,000 (Diamond) dan RM1,500 (VIP). Peminat boleh menghubungi talian 012-501 5783 / 012-380 5783 untuk tempahan.

Tiket-tiket konsert telah mula dijual sejak 6 Januari 2020 melalui www.myticket.asia. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend