• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Pereka Fesyen Bengang Artis Tak Letak Kredit Untuk Baju

Pereka fesyen SETH & LUNA meluahkan perasaan kesal terhadap pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang tidak mengkreditkan nama jenama mereka di laman sosial artis berkenaan.

Dalam satu kenyataan yang dibuat di Instagram pereka berkenaan iaitu sethandluna_studio, mereka sudah beberapa kali berhadapan dengan artis yang memakai baju tanpa kreditasi di laman sosial.

“Apabila diminta penjelasan, kami diberi kata ‘posting awal memang tak tag’. Sejujurnya kami telah mempersiapkan busana buat ramai kalangan artis yang ada di antaranya dianggap legend.

“Namun mereka masih merendah diri dan cukup menghargai hasil kerja terutamanya jenama yang masih bertapak di dalam industri, jadi ini bukan soal posting awal atau tidak, it’s about your courtesy, manners and intellectual level,” luahnya.

Menurut kenyataan itu lagi, mereka difahamkan yang baju yang dipakai oleh Ayda untuk gambar poster muzik video terbaharunya berjudul Temberang itu dipinjam untuk penggambaran sebuah poster movie (filem) yang bakal keluar.

Bagaimanapun, pihak mereka terlihat posting daripada seorang artis yang memuat naik gambar dengan memakai baju SETH&LUNA tanpa kreditasi yang sepatutnya.

“Kami bukan berhujah untuk mencari kontroversi murahan, tetapi inilah realiti industri yang bersikap buli yang memandang hasil kerja orang lain sebagai enteng dan tidak bernilai.

“Akhir kata, semoga posting ini boleh dijadikan ikhtibar buat rakan pereka yang baru, ‘stylist’ dan ‘artist’ serta sesiapa sahaja yang mencari rezeki dengan menggunakan hubungan bersama orang lain untuk lebih menghargai, mengkreditasi dan meningkatkan kredibiliti diri sendiri untuk tidak menjadi individu yang membuli dan menjadi lanun mempergunakan titik peluh orang lain untuk kepentingan diri sendiri,” ujarnya.

Jelasnya, posting yang dibuat itu untuk menjatuhkan maruah sesiapa, tetapi ia lebih kepada peringatan buat semua pihak. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend