Cerita ArtisHiburan

Pernah Dikecam Pakai Uniform MAS… Bella Astillah Beri Penjelasan

Sebelum ini, pelakon Bella Astillah pernah dikecam oleh seorang pramugari gara-gara memakai baju uniform pramugari MAS ketika hadir ke sebuah majlis.

Kini, setelah beberapa bulan Bella menerusi Instagram miliknya tampil membuat kenyataan yang cukup panjang berhubung perkara tersebut.

“Harini baru Bella berkesempatan untuk bercerita serba sedikit tentang ‘MAS Uniform’ yang dipakai Bella pada 16/09/2020 lalu sempena tema ‘dream job’ birthday Aidil. Bella decided untuk memperagakan MAS Uniform tersebut semata-mata kerana kerjaya pramugari MAS yang merupakan dream job Bella sejak kecil lagi.

“Pihak MAS sendiri ada berjumpa dengan Bella dan menerangkan dengan terperinci akan keistimewaan uniform tersebut dan Alhamdulillah banyak knowledge yang Bella peroleh yang mana Bella rasa sangat bermanfaat untuk dikongsikan kepada orang ramai terutamanya yang hanya mengetahui serba sedikit tentang sejarah MAS,” jelasnya.

Jelas Bella, sebagai seorang pelanggan setia MAS, dia sentiasa mengagumi syarikat penerbangan tersebut.

Menurutnya, sebagai seorang yang berasal dari Sabah, sejak kecil juga dia menaiki penerbangan MAS untuk perjalanan ulang alik ke Kuala Lumpur.

“Atas perkongsian knowledge daripada pihak MAS, sejarah menunjukkan bahawa uniform MAS yang digunakan sehingga sekarang adalah asalnya adalah ciptaan Fakulti Art & Design UiTM Shah Alam pada tahun 1983 yang dicetuskan daripada Perdana Menteri kita ketika itu bagi membangunkan syarikat penerbangan domestik.

“Corak yang ada pada uniform juga melambangkan jati diri negara kita, iaitu corak bunga raya. Oleh yang demikian, adalah tidak dinafikan bahawa uniform MAS ini adalah sangat istimewa dan suatu kebanggaan di mata rakyat Malaysia,” ujarnya.

Dalam pada itu, isteri kupada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz itu turut memohon maaf kerana telah menggunakan uniform tersebut tanpa mengetahui lebih awal akan info, sejarah, dan etika berkenaan uniform MAS.

“Untuk ingatan bersama orang ramai juga supaya lebih berhati-hati agar MAS Uniform tidak disalahgunakan.

“Thanks a lot pihak MAS for the time & sudi berjumpa. Thank you pihak MAS untuk hadiah yang diberikan kepada anak2 Bella juga,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Bella Astillah

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button