AdvetorialKongsi

Persidangan MENTION2025 Memacu Transformasi dan Kesejahteraan Masyarakat

Persidangan Antarabangsa Media dan Komunikasi 2025 (MENTION2025) anjuran Pusat Kajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berlangsung dengan jayanya di Menara AFFIN, Tun Razak Exchange (TRX) bermula 28 hingga 30 Oktober 2025.

Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Ahmad Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan komunikasi strategik dalam membentuk masyarakat yang berinformasi, inklusif dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran era digital.

MENTION2025, yang kini memasuki edisi ke-19 sejak mula diperkenalkan, menghimpunkan lebih daripada 80 peserta dan pembentang termasuk ahli akademik, pengamal industri media dan komunikasi, pembuat dasar, serta wakil komuniti dari dalam dan luar negara.

Dengan tema “Media dan Komunikasi untuk Perubahan: Memacu Transformasi dan Kesejahteraan Masyarakat”, persidangan ini memberi tumpuan kepada komunikasi perubahan tingkah laku sosial (Social and Behaviour Change Communication – SBCC) sebagai pemacu transformasi positif dalam masyarakat.

Antara tokoh utama yang diundang ialah Prof. Dr. Michael Chan, Profesor bidang Komunikasi Kewartawanan dari Chinese University of Hong Kong dan Dr Veysel Binbay selaku Pengarah di Jabatan Teknologi dan Inovasi di Asia-Pacific Broadcasting Union.

Kehadiran mereka bakal berkongsi pandangan mengenai inovasi dalam strategi komunikasi sosial di peringkat global. Persidangan ini turut menampilkan satu sesi plenari serta enam sesi selari merangkumi pelbagai subtema seperti komunikasi kesihatan, media digital, dasar komunikasi, komunikasi antarabudaya, serta peranan belia dan komuniti dalam advokasi sosial.

Menurut Pengarah MENTION2025, Dr. Arina Anis Azlan, persidangan ini bukan sekadar wadah ilmiah, tetapi juga platform memperkukuh jaringan antara penyelidik, pembuat dasar dan pengamal industri untuk merangka pendekatan komunikasi yang lebih berkesan dan lestari.

MENTION2025 diharap dapat menyumbang kepada penghasilan dasar, amalan dan penyelidikan yang menyokong kesejahteraan masyarakat serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju ilmu dalam bidang media dan komunikasi di rantau ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button