• FOLLOW US
Event

Peruntukan RM500,000 Untuk Majlis Perkahwinan Adik Aliff Syukri

Sebanyak RM500,000 telah diperuntukkan untuk majlis perkahwinan Aiman Hazim yang juga adik kepada jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh ibu kepada Aliff dan Aiman iaitu Rozita Ibrahim ketika berlangsungnya majlis berkenaan yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

“Asalnya saya mahu buat majlis di rumah sahaja, namun setelah berbincang dengan Aliff dan memandangkan Aiman anak lelaki yang terakhir, jadi kami buat keputusan untuk membuat majlis di sini.

“Pada mulanya saya bagitau bajet hanya RM300,000 sahaja, tetapi Aliff beritahu inilah masanya untuk kumpul semua ahli keluarga dalam satu majlis, jadi bajetnya menjadi RM500,000,” ujarnya sambil memberitahu anaknya itu turut dihadiahkan sebuah kereta jenama Mercedes.

Turut hadir pada majlis perkahwinan tersebut adalah Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Amirudin Shari dan isteri.

Rozita turut mendedahkan bahawa ketika perbincangan untuk majlis berkenaan, berlaku sedikit pertelagahan dengan Aliff terutama tentang konsep majlis yang ingin ditampilkan.

“Kalau ikutkan saya nak buat konsep rumah hutan, namun tidak dipersetujui oleh Aliff. Akhirnya saya buat keputusan untuk buat di Dewan Perdana Felda ini dengan konsep peradaban Melayu yang saya inginkan,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff menjelaskan bahawa peruntukan untuk majlis tersebut bukanlah kriteria utama kerana apa yang lebih penting adalah semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama-sama.

Ujarnya, biarpun dia dan Azim adik-beradik berlainan bapa, tetapi yang paling utama adalah kasih sayang yang diberikan antara satu sama lain.

“Biarpun usia saya dan Azim berbeza sebanyak 10 tahun, ketika dia masih lagi kecil saya dan kakak yang selalu menjaganya ketika ibu sibuk bekerja.

“Malah, saya juga ingin tunjukkan tentang cara untuk merapatkan ukhwah meskipun berlainan bapa. Memang rasa sedih juga bila dia sudah berkahwin dan saya rasa begitu cepat masa berlalu,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend