• FOLLOW US
Filem, Review

Plot KL Vampires Kemas, Papar Kuasa Baik Lawan Kuasa Jahat

Tajuk: KL Vampires
Tarikh Tayangan: 14 November 2019
Durasi: 1 jam 54 minit
Genre: Aksi / Seram
Pengarah: Daven R
Pelakon: Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim, Donny Alamsyah, Isme Melinda, Pablo Amirul, Wan Hanafi Su.
Klasifikasi: P13

Kelainan yang cuba dibawakan pengarah KL Vampires, Daven R menerusi naskhah berunsurkan aksi dan fantasi vampires bakal memberikan satu jenis hiburan tontonan yang baharu kepada penonton tempatan.

Mengakui minat mendalamnya terhadap filem Star Wars telah memberikan inspirasi untuk pembikinan filem ini, Daven bagaimanapun mahu menerapkan mitos tempatan, Raja Bersiong terhadap garapannya itu.

Mengambil plot penceritaan mengenai pertembungan perebutan takhta di antara dua kumpulan berhaluan kanan dan kiri. Satu kumpulan diketuai Ratu Citra Sari yang dibantu ketua komander Shah manakala satu lagi kumpulan diketuai Agus, anak kepada Panglima Adi Wijaya yang mengkhinati Raja Bersiong, bapa kepada Ratu Citra Sari.

Pelakon filem ini memberikan aksi lakonan yang cukup memberansangkan lebih-lebih lagi dalam babak aksi pertarungan. Ia kelihatan sempurna sementelah dikoreograf oleh pelakon aksi lasak popular Indonesia, Donny Alamsyah.

Walaupun filem ini dipelopori oleh pelakon lelaki namun kehadiran tiga bunga iaitu Raja Ilya, Reen Rahim dan Isme Melinda tidak harus dipandang enteng. Kemunculan mereka bukan setakat ‘mencantikkan’ filem sebaliknya masing-masing membawa peranan yang menyumbang kepada pengolahan cerita.

Seperti Donny, Isme juga merupakan pelakon aksi dari Indonesia yang semakin dikenali dengan ketangkasannya dalam setiap filem yang disertainya.

Dari sudut sinematografi, KL Vampires menekankan skor warna yang gelap dan malap bagi memberikan lagi mood ‘dark’ yang melatari plot penceritaan ini yang menampilkan kuasa baik dan jahat.

Secara keseluruhan, filem ini mengangkat satu nafas baharu dalam tema berbeza yang jarang-jarang sekali diketengahkan penerbit filem tempatan.

Bakal ditayangkan di 60 pawagam seluruh negara bermula 14 Oktober ini, KL Vampires terbitan Cinemaya Studios Sdn. Bhd pastinya memberikan satu nilai hiburan maksima buat anda!

Sinopsis:

Dua kumpulan pontianak, yang mana kedua-duanya berketurunan Raja Bersiong, tidak lagi menghisap darah manusia. Sebaliknya, mereka menggantikannya dengan darah sintetik. Ketika ini, kumpulan pontianak yang paling kuat diketuai oleh Ratu Pontianak bernama Ratu Citra Sari, dibantu oleh ketua komander Shah. Sebuah lagi kumpulan diketuai oleh Argus, anak kepada Panglima Adi Wijaya yang mengkhianati Raja Bersiong, bapa kepada Ratu Citra Sari. Argus cuba membangkitkan semula tentera bapanya, yang dibunuh bersama Panglima itu kira-kira 200 tahun lalu oleh Raja Bersiong menggunakan sihir yang menimbus mereka ke dalam tanah. Walau bagaimanapun, pembangkitan semula itu hanya boleh dilakukan dengan sebilah `pisau bersiong` bersama mantera istimewa. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend