Cerita ArtisHiburan

Polis Buka Kertas Siasatan Insiden Penyanyi Shila Amzah Dakwa Diserang Penyanyi Legenda

Polis telah membuka satu kertas siasatan mengenai laporan yang dibuat penyanyi popular Shila Amzah selepas mendakwa dirinya telah diserang seorang penyanyi legenda.

Menerusi laporan mStar, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. 

Beliau berkata, polis juga sudah merakam keterangan dua individu berhubung laporan yang dibuat dan tiada sebarang tangkapan buat masa ini.  

“Pihak polis telah mengambil dua rakaman percakapan setakat ini.

“Satu kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya. 

Pada masa sama, turut dimaklumkan insiden yang berlaku semalam juga tidak melibatkan sebarang sentuhan fizikal terhadap penyanyi berkenaan serta punca kejadian itu masih lagi dalam siasatan. 

Mohamed Usuf juga menyatakan, polis akan memanggil penyanyi legenda untuk diambil keterangan.

“Tidak berlaku sebarang sentuhan fizikal. Siasatan masih dijalankan,” katanya. 

“Dalam tindakan untuk diambil keterangan,” katanya. 

Sebelum ini, Shila membuat laporan polis atas dakwaan diserang penyanyi legenda ketika mereka sama-sama terlibat dalam sebuah acara di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. 

Laporan dibuat pada pukul 5.30 petang Khamis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. – KopiPlanet.com

*Kredit artikel: mStar Online

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button