AntarabangsaBollywood

Priyanka Chopra Nafi Mahu Saman Bilionaire Barang Kemas

Pelakon Bollywood yang semakin mencipta nama di Hollywood, Priyanka Chopra menafikan laporan berita mendakwa dia ingin menyaman seorang bilionaire yang memiliki jenama barangan kemas, Nirav Modi yang dikhabarkan tidak membayar gaji pelakon itu yang bergelar jurucakap bagi jenama mewah tersebut.

Sebaliknya, Priyanka berhasrat ingin menamatkan kontraknya sebagai duta yang mewakili jenama terbabit.

Ini disebabkan Nirav dipercayai terlibat dalam satu skandal kewangan seperti mana yang tersebar baru-baru ini.

“Terdapat spekulasi mendakwa Priyanka ingin menyaman Nirav Modi. Ini tidak betul sama sekali. Walau bagaimanapun, aktres itu kini sedang mendapatkan nasihat guaman bagi menamatkan kontraknya sebagai duta selepas Nirav Modi dilaporkan terlibat dalam skandal kewangan baru-baru ini,” tulis kenyataan media yang ditulis jurucakap pelakon drama bersiri Quantico itu.

Sebelum ini, aktor Sidharth Malhotra yang turut pernah bergelar duta produk tersebut pernah dilaporkan turut mendapatkan khidmat guaman disebabkan tidak mendapat bayaran namun pelakon itu menafikan dakwaan terbabit.

“Kontraknya dengan jenama tersebut telah tamat tahun lepas. Tiada sebarang isu mengenai dia tidak dibayar oleh syarikat berkenaan,” kata sumber terdekat dengan aktor terbabit. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button