• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Priyanka Chopra Nafi Perkahwinan Dengan Nick Jonas Bermasalah

Pelakon Priyanka Chopra menerusi wakil pengurusannya menafikan perkahwinannya dengan penyanyi Nick Jonas kini sedang bermasalah sehingga membawa kepada penceraian.

Menurut wakil tersebut, itu adalah khabar angin semata-mata seperti mana yang ditulis menerusi sebuah majalah popular di Amerika Syarikat yang dikatakan mendapat cerita itu daripada sumber yang rapat dengan pasangan tersebut.

Menerusi laporan itu, Nick dikatakan ingin meminta cerai selepas mengetahui sisi buruk isterinya seperti panas baran dan kuat mengongkong.

Namun, gosip itu pantas dileraikan apabila Priyanka baru-baru ini memuat naik gambarnya sedang menghadiri majlis konvokesyen adik bongsu Nick, Franklin bersama ibu bapa Nick dan abangnya, Joe.

Selain itu, pasangan ini juga baharu sahaja menghabiskan percutian di atas kapal di Miami bersama-sama Joe dan tunangnya, pelakon Sophie Turner serta Kevin Jonas.

Nick dan Priyanka berkahwin di India pada 1 Disember lalu – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend